Ringgi menokok sedikit berbanding dolar AS

Ringgi menokok sedikit berbanding dolar AS

Peniaga terus optimis menjelang pembentangan Belanjawan 2019 yang dijadualkan petang ini.

Penanda aras minyak mentah Brent dicatatkan pada AS$72.58 setong, pagi ini.(Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, berikutan peniaga terus optimis, menjelang pengumuman Belanjawan 2019 yang dijadualkan pada petang ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1720/1760 berbanding dolar AS daripada 4.1770/1820 pada Khamis.

Peniaga berkata, harga minyak terus merosot hari ini, dengan tanda-tanda bekalan meningkat dan kebimbangan mengenai permintaan yang mungkin rendah berikutan unjuran ekonomi global yang perlahan.

Pada 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent dicatatkan pada AS$72.58 setong.

Sementara itu, ringgit, diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0296/0329 daripada 3.0270/0318 pada Khamis dan merosot berbanding euro kepada 4.7548/7606 daripada 4.7530/7595.

Ringgit turun berbanding pound British kepada 5.4203/4275 daripada 5.3908/3977 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.6986/7031 daripada 3.6968/6015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.