
Redzuan bersetuju tiada “perbezaan yang signifikan” berbanding bajet sebelum ini, tetapi berkata kerajaan baharu jelas mengenai sasaran pertumbuhannya.
“Dalam bahagian pertama ucapan itu, kita melihat bagaimana terdapat penekanan untuk meningkatkan pengurusan bajet,” kata Redzuan kepada FMT ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan ucapannya.
Ketika Lim mengakhiri ucapannya, ahli Parlimen BN melaung bajet itu sebagai “bajet copy paste” yang dilakukan kerajaan BN.
Redzuan berkata cabaran terbesar dalam bajet negara yang dibentangkan adalah pengurusannya, sambil menambah ia adalah sesuatu yang kerajaan sebelum ini gagal lakukan seperti yang terbukti dengan kebocoran kewangan.
“Mereka mungkin mengatakan kita ciplak tetapi bagaimana datangnya kebocoran begitu banyak dan wang yang diperuntukkan tidak disalurkan dengan betul?
“Kita sangat mensasarkan dari segi pertumbuhan. Kita sangat mensasarkan untuk mencapai keputusan akhir,” katanya.
“Inti patinya adalah pengurusan.”
Redzuan berkata beliau juga mengalu-alukan peruntukan untuk membangunan ekosistem keusahawanan yang berada di bawah kementeriannya.
Menggalakkan ekonomi keusahawanan adalah salah 1 daripada 3 sektor utama yang difokuskan dalam bajet.
Antara lain, sejumlah RM2 bilion diperuntukkan di bawah Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan untuk membantu Perusahawan Kecil dan Sederhana (SME) untuk melabur dalam automasi dan pemodenan, dengan jaminan sehingga 70%.
Sebanyak RM200 juta juga diperuntukkan bagi industri borong dan runcit, serta pembelian premis perniagaan untuk disewakan kepada pengusaha kecil dan sederhana Bumiputera.