Bajet 2019: Pendidikan terima peruntukan terbesar kerana banyak perubahan

Bajet 2019: Pendidikan terima peruntukan terbesar kerana banyak perubahan

Bidang pendidikan perlu lebih penelitian kerana lebih banyak perkara perlu dipelajari, kata perdana menteri.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2019 kerana sektor itu akan mengalami banyak perubahan, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bidang pendidikan memerlukan penelitian yang lebih kerana lebih banyak perkara yang perlu dipelajari tidak seperti sebelum ini.

“Sebelum ini, kita hanya belajar sejarah empayar British atau geografi England. Tetapi kini kita belajar tentang teknologi maklumat, teknologi, sains, matematik dan algoritma (algorithm). Semua perkara ini kita perlu tahu, jika tidak kita akan ketinggalan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pendidikan menerima RM60.2 bilion atau 19.1% daripada belanjawan kerajaan tahun depan.

Lim berkata peningkatkan itu selaras dasar kerajaan menghasilkan suasana pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat.

Daripada jumlah itu RM652 juta disediakan bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.