
Rakam layar itu memaklumkan keinginan isterinya, Farizah yang hamil anak ketiga mengidam makan nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.

Ia sengaja dikongsi oleh si suami yang menggunakan nama Azham di Twitternya bagi mencari jika ada individu yang tahu cara mendapatkan nasi lemak tersebut.
Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka ia menjadi viral termasuk mendapat reaksi dari Twitter Air Asia.
Lebih menarik, Air Asia mencetuskan persoalan jika isteri Azham benar-benar mahukan nasi lemak atau mahu terbang di dalam pesawat Air Asia.
Persoalan itu membuatkan Azham, bersedia menghantar isterinya menaiki pesawat syarikat itu bagi perjalanan termurah.

Kesediaan suami itu juga mendapat sambutan netizen khususnya wanita yang melihat Azham sebagai seorang suami yang baik menunaikan idaman isterinya.
Bagaimanapun, dalam muatnaik Twitter terbaru, Azham akui seorang krew syarikat penerbangan tersebut akhirnya memenuhi hasrat isteri hamilnya menikmati nasi lemak Pak Naseer yang hanya disediakan di dalam pesawat.

Difahamkan nasi lemak tersebut dihantar oleh krew menggunakan ID @qhalydamazlan yang bertugas denggan penerbangan tersebut kepadanya.
Ramai juga yang tampil menawarkan diri untuk membelikan nasi lemak tersebut dalam penerbangan pulang, tidak termasuk krew yang turut ‘belanja’ Azham dan isteri makanan lain, seperti mana yang dikongsi di laman sosialnya.
Untunglah!