Mara teruskan pinjaman kepada pelajar B40 ke luar negara

Mara teruskan pinjaman kepada pelajar B40 ke luar negara

Mara menerima peruntukan RM2 bilion bagi membiayai 65,000 pelajar di dalam dan luar negara bagi tahun ini.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar berkata, Mara fokus dalam melahirkan graduan profesional serta mengutamakan kemudahan pinjaman kepada pelajar kumpulan B40. (Gambar AFP)
KUALA LUMPUR:
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan meneruskan Skim Pinjaman Pelajaran kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Mara menerima peruntukan RM2 bilion bagi membiayai 65,000 pelajar di dalam dan luar negara bagi tahun ini.

“Kementerian melalui Mara sentiasa fokus dalam melahirkan graduan yang profesional dan kompeten serta mengutamakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai sama ada kementerian masih meneruskan skim pinjaman pelajaran Mara.

Jawapan bertulis itu diedarkan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Menurut kementerian itu, permohonan pinjaman perlu memenuhi syarat antaranya kumpulan B40, cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa (mendapat 8A) dan pelajar cemerlang Institusi Pendidikan Mara (IPMa).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.