
Menteri Penyelaras bagi Hal ehwal Ekonomi, Darmin Nasution berkata dalam satu ucapan pada persidangan industri di Indonesia bahawa “penyesuaian” levi adalah antara langkah yang akan diambil oleh kerajaan, walaupun beliau memberitahu pemberita kemudian langkah itu masih dibincangkan.
“Kita belum buat keputusan akhir lagi,” kata Darmin di luar acara itu yang berlangsung di Bali.
“Kita harus mengira angkanya dengan teliti. Kita tidak mahu pengurangan levi hanya akan menyebabkan pengurangan harga.”
Indonesia, pengeluar terbesar dunia komoditi itu, mengenakan levi sehingga AS$50 satu tan ke atas pelbagai produk minyak sawit.
Persatuan minyak kelapa sawit Indonesia, GAPKI berkata minggu lepas bahawa ia mencadangkan potongan ke atas levi sebanyak AS$20 setiap tan sehingga harga minyak sayuran mencecah AS$750 satu tan dalam tempoh setahun.
Darmin berkata, kerajaan akan membincangkan isu penyesuaian levi itu secara serius dalam masa 2 bulan, dan berharap dapat membuat keputusan akhir pada hujung tahun ini.