
Sejak berdekad-dekad Australia tidak mempunyai saingan di Pasifik, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini China mengalih perhatiannya kepada rantau yang kaya dengan sumber semula jadi ini.
PNG berkata, pada tahun ini China berminat untuk mendanai pembangunan semula pangkalan tentera lautnya di pulau Manus, tawaran, yang menurut sumber diplomatik, membimbangkan Australia dan sekutu Baratnya.
Morrison berkata dalam ucapan di sini, Australia akan menyediakan dana untuk projek tersebut.
Tentera laut PNG sebahagian besarnya terdiri daripada bot rondaan dan vesel pendaratan.
Morrison bagaimanapun tidak menyebut sama ada tentera laut Australia bakal mempunya akses kepada pangkalan itu.
Beliau juga tidak memberitahu jumlah dana yang akan disediakan oleh Australia untuk membina pangkalan tersebut. Negara itu sebelum ini menggunakan bajet bantuan asingnya untuk mendanai projek keselamatan di rantau tersebut.
Pada tahun ini Australia berkata, ia akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan bantuan kepada PNG untuk membina kemudahan kabel internet dasar laut, langkah yang bertujuan menghalang gergasi telekom China, Huawei Technologies Co Ltd, berikutan kebimbangan mengenai keselamatan nasional.
Persaingan di Pasifik kini menunjukkan tanda-tanda sedang mereda.
“Australia bimbang tentang kemungkinan China mendanai pelabuhan itu…di rantau penting yang strategik tersebut,” kata seorang diplomat Barat yang enggan dikenali kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.