Tok Pa hadir hari terakhir sidang DUN Kelantan

Tok Pa hadir hari terakhir sidang DUN Kelantan

Susulan tindakan Mustapa Mohamed menyertai PPBM, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, 7 (BN) dan 1 (PH).

Mustapa Mohamed tiba kira-kira 8.55 pagi dan sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurugambar. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir persidangan DUN Kelantan, hari ini.

Adun Air Lanas itu tiba kira-kira 8.55 pagi dan sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu ketibaan beliau.

Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli tidak menghadiri 2 hari pertama persidangan DUN yang bermula pada Isnin, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu menyertai PPBM Jumaat lepas setelah bertindak keluar Umno bulan lalu.

Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, 7 (Barisan Nasional) dan 1 (PH).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.