Bunuh majikan Saudi: Wanita Indonesia dirogol sebelum dihukum mati

Bunuh majikan Saudi: Wanita Indonesia dirogol sebelum dihukum mati

Tuti Tursilawati memukul majikannya dengan penyapu selepas diajak melakukan hubungan seks.

Amah Indonesia terbabit dikatakan tidak berniat membunuh majikannya, sebaliknya mahu mempertahankan diri. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang amah Indonesia diperkosa 9 lelaki sebelum dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi selepas didapati bersalah membunuh majikannya, lapor Detik News.

Wanita yang dikenali sebagai Tuti Tursilawati, 39, yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat dijatuhi hukuman mati pada Isnin.

Dilaporkan Tuti memukul majikannya, seorang warga emas dengan sebatang penyapu di kota Thaif, kira-kira 87 km dari Mekah. Selepas mendapati majikannya tidak sedarkan diri, dia melarikan diri.

Dia kemudiannya terserempak dengan sekumpulan 9 lelaki dan meminta bantuan agar dia dihantar ke Mekah. Bagaimanapun dia dirogol secara bergilir-gilir di sebuah rumah kosong, selain barang peribadinya disamun.

Ibu Tuti, Iti Sartini yang turut bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi mendakwa wanita itu bukan berniat membunuh majikan terbabit, sebaliknya mempertahankan diri.

Katanya, anaknya dipujuk untuk mengadakan hubungan seks oleh majikannya, namun dia enggan berbuat demikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.