Remaja Afrika-Amerika dikecam rasis terhadap bangsa sendiri

Remaja Afrika-Amerika dikecam rasis terhadap bangsa sendiri

Treasure anggap dirinya seorang Caucasian kerana dia bangun pagi dengan rasa hebat.

Remaja perempuan ini percaya dia seorang Caucasian dan bukan Amerika-Afrika walaupun penampilannya jelas menampakkan sebaliknya.

Treasure Richard, baru berusia 16 tahun tetapi menjadi sensasi media sosial apatah lagi selepas ke udara dalam rancangan Dr.Phil selepas bermati-matian mengakui dirinya seorang Caucasian.

Remaja ini jelas memperlihatkan perwatakan yang didominasi genetik Afrika dalam rancangan temuramah ‘Dr.Phil’ akui dia dapat merasakan dirinya secara biologi seorang berkulit putih.

“Saya tahu saya seorang Caucasian, berkulit putih kerana saya bangun pagi dengan rasa hebat.

“Saya dapat rasakan dari dalam. Saya cuba menjauhkan diri daripada ‘negro’ kerana mereka berbahaya.

“Bila saya lihat mereka (bangsa Afrika) saya fikir, apa masalah mereka? Mereka tidak boleh berfikir, kerana mereka bukan manusia, semua yang mereka tahu ialah jenayah,” katanya yang bukan sahaja menyinggung komuniti Afrika malah ibu dan adik beradik Treasure sendiri.

Temuramah itu menarik perhatian ramai khususnya mereka yang berkulit hitam serta Caucasian yang berkulit putih melihatkan penilaian Treasure yang dikatakan bersikap delusional.

Ibu Treasure, Monique Richards juga kecewa dengan sikap anaknya yang menolak identiti diri sehingga enggan mengakui latar belakangnya.

“Malah dia juga enggan menerima hakikat, bapa kandungannya bukan bapa tirinya sekarang, seorang lelaki kulit putih,” katanya.

Treasure dikecam pelbagai pihak kerana menggunakan perkataan-perkataan yang menghina bangsa Afrika dan Amerika-Afrika sebagai tiada taraf sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.