Kucing atas pentas peragaan, ini baru ‘catwalk’ namanya!

Kucing atas pentas peragaan, ini baru ‘catwalk’ namanya!

Kucing jalanan mencuri tumpuan penonton mahupun netizen selepas berada di atas pentas pertunjukkan fesyen di Istanbul, Turki.

Satu pertunjukkan fesyen di Istanbul, Turki diganggu seekor kucing jalanan yang menerpa masuk di atas pentas peragaan.

Ia berlaku ketika acara Pertunjukkan Fesyen Antarabangsa Vakko Esmod di Emaar Square, ibu kota negara itu pada Jumaat lalu apabila kucing berkenaan menjadi titik perhatian.

Video kucing berkenaan berkeliaran di atas pentas kini viral di laman sosial dan mencuri tumpuan netizen.

Ketika para peragawati berjalan di atas pentas menunjukkan koleksi rekaan, kucing berwarna putih dengan tompokan kelabu itu pula seolah bermain-main dengan cuba mengusik juntaian kain yang dipakai model.

Menurut laporan The Dodo, masih belum disahkan bagaimana kucing tersebut boleh berada di atas pentas tersebut.

“Semua orang dalam kejutan,” kata pereka fesyen Göksen Hakkı Ali kepada portal itu.

Video yang dikongsi oleh pengguna @hknylcn menerima lebih 274,600 tontonan setakat ini.

https://www.instagram.com/p/BpW_NfWn4ub/?taken-by=hknylcn

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.