Bayi setahun bergaya ala ‘Crazy Rich Asians’ untuk Halloween

Bayi setahun bergaya ala ‘Crazy Rich Asians’ untuk Halloween

Kanak-kanak yang dipakaikan baju dan solekan seperti watak filem Crazy Rizh Asians menarik perhatian netizen.

Gambar Instagram

Sekumpulan 4 ibu tampil dengan idea unik, mengenakan, pakaian bertemakan “Crazy Rich Asians” sempena sambutan Halloween bagi anak mereka yang baru berusia setahun.

Gambar-gambar tersebut dimuatnaik dalam laman Instagram milik Jessica Gueco Klein, salah seorang ibu kanak-kanak sekali gus menerima ribuan tanda suka selain komen dan perkongsian, semuanya kerana kecomelan kanak-kanak dalam pakaian “Crazy Rich Asian” itu.

Menurut Jessica Gueco dalam satu temuramah dengan NextShark, akui idea tersebut muncul selepas dia dan rakannya tampil untuk memakaikan pakaian tersebut pada Halloween.

“Setiap kanak-kanak mempunyai ibu bapa yang berbeza dan mereka bukan kembar atau adik-beradik.

“Kami sekumpulan ibu bekerja yang beranak pada masa yang sama. Kami bekerja dalam bidang pengiklanan, teknologi, rekaan dalaman dan industri fesyen,” ujar Jessica yang turut mengendalikan blog ‘The Adventures of Yoshi’ di mana dia berkongsi kisah serta petua keibubapaan dan penjagaan anak.

Jelasnya, keempat-empat ibu tersebut berhubungan menerusi kumpulan Whatsapp yang dinamakan ‘JV (Junior Varsity) Squad’.

“Kami semua menonton filem itu dan memikirkan sesuatu yang menyeronokkan memandangkan kesemua mereka adalah ‘Asian’ dan cukup watak,” jelasnya.

Posting tersebut menerima sambutan luar jangkaan apabila ia turut menarik perhatian HuffPost pada 29 Oktober lalu.

Jadi apa pendapat anda mengenai kostum kanak-kanak tersebut? Idea segar Halloween dengan menggunakan tema filem Crazy Rich Asian sememangnya sesuatu yang comel apabila dikenakan pada kanak-kanak.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.