Tulis tangan, otak lebih cergas

Tulis tangan, otak lebih cergas

Pakar tulisan tangan atau grafologi, Deborah Dewi akui tulisan tangan merupakan kaedah terbaik untuk perkembangan kognitif seseorang.

Tulis tangan merupakan cara paling asas namum semakin ditinggalkan dalam era digital.

Lihat sahaja keliling, kita lebih memilih menggunakan telefon bimbit atau skrin komputer dalam menghantar maklumat mahupun mesej.

Mana ada lagi urusan surat-menyurat untuk kegunaan peribadi?

Dalam bidang kewartawanan juga ‘menulis’ bagaikan pupus apabila ramai yang memilih mengetuk terus menggunakan telefon pintar atau merakam perbualan untuk diproses kemudian.

Pakar tulisan tangan atau grafologi, Deborah Dewi akui tulisan tangan merupakan kaedah terbaik untuk perkembangan kognitif seseorang.

Jelas beliau yang ditemui dalam satu bengkel penulisan di Jakarta baru-baru ini, kaedah tulis tangan mampu meningkatkan kemampuan kognitif seseorang.

“Semakin banyak kita menulis, semakin terasah otak dan kemampuan berfikir,” katanya seperti yang dipetik CNN.

Deborah ibaratkan menulis tangan sama seperti melatih otot. Semakin kerap kita berolahraga, otot akan menjadi semakin kuat.

Begitu juga dengan menulis tangan yang dapat memperkuat otak.

Ini kerana dengan menulis tangan, semua saraf akan secara langsung mengirim signal ke otak.

“Berbeza dengan mengetuk di skrin yang hanya melibatkan jari-jemari. Manakala menulis tangan pula mampu menstimulasi otak secara lebih kompleks,” katanya.

Tambah Deborah, kemampuan berfikir yang baik juga menyumbang kepada ingatan yang baik.

Beliau membuktikannya dengan melakukan eksperimen menulis kandungan berita dengan mengetuk di papan skrin dan menulis tangan.

Hasilnya, para peserta lebih mampu mengingati maklumat berita selepas menulisnya dengan tangan berbanding menggunakan papan kekunci.

Pada era digital, Deborah menyarankan setiap orang supaya tidak meninggalkan aktiviti menulis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.