6 terkorban banjir berhampiran pusat peranginan Laut Hitam, Rusia

6 terkorban banjir berhampiran pusat peranginan Laut Hitam, Rusia

Banjir disebabkan hujan lebat yang melanda beberapa bandar dan petempatan penduduk berhampiran bandar raya tepi pantai, Tuapse, Rabu lepas.

Jurucakap kementerian berkata, 6 ditemui mati dalam operasi mencari dan menyelamat, dan seorang masih hilang. (Gambar AFP)
MOSCOW:
Banjir mengakibatkan sekurang-kurangnya 6 terbunuh berhampiran pantai Laut Hitam di selatan Rusia, lapor Interfax dan agensi berita lain hari ini.

Sekurang-kurangnya seorang masih hilang selepas air banjir disebabkan hujan lebat melanda beberapa bandar dan petempatan penduduk berhampiran bandar raya tepi pantai, Tuapse, Rabu lepas, tambah Interfax.

“Enam ditemui mati dalam operasi mencari,” seorang pegawai Kementerian Bencana memberitahu agensi berita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.