
Beliau berkata bayaran gaji atau elaun yang terlalu tinggi kepada pihak yang memimpin institusi tersebut tidak dibenarkan kerana GLC merupakan syarikat milik kerajaan.
“Berkenaan gaji dan elaun ahli lembaga GLC sudah diselaraskan.
“Kita sudah laksanakan perkara ini sejak beberapa bulan lalu.
“Tiada ahli politik patut dilantik dalam kalangan ahli lembaga, kita mahu orang yang profesional untuk kendalikan GLC,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendapatan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang memperoleh gaji sebanyak RM3.8 juta bagi 2012 hingga Jun 2018.
Gaji itu diperoleh Irwan yang memegang jawatan pengerusi bukan eksekutif, pengarah bukan bebas eksekutif atau pengarah dalam 23 syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Sementara itu, Azmin berkata langkah kerajaan untuk tidak melantik ahli politik menyertai GLC dilakukan dalam Tabung Haji dan Felda.
“Kita sudah buang semua ahli politik dalam Tabung Haji dan Felda tetapi kita meletakkan golongan profesional untuk menguruskam GLC,” katanya.