
Presiden China, Xi Jinping yang membuka jambatan itu selepas dalam pembinaan selama 9 tahun meliputi jarak 55km juga dikenali sebagai Kawasan Greater Bay atau pesaing Silicon Valley.
Buat masa ini hanya pengangkutan ulang-alik, trak dan kenderaan persendirian yang dibenarkan.
“Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, 20 kali lebih lama daripada Jambatan Golden Gate California, menjangkakan penggunaan kira-kira 40,000 pemandu sehari,” petik akhbar tempatan China.
Menariknya mengenai jambatan ini, ia direka untuk menahan bencana alam terutama sekali angin dengan kelajuan sehingga 211 batu per jam dan struktur yang dijangka bertahan lebih satu abad.
Tambah laporan itu lagi, jambatan tersebut dibina dengan 420,000 tan keluli yang mana mencukupi untuk membina 60 Menara Eiffel.

Sepanjang pembinaan, 9 pekerja dilaporkan meninggal dunia dan lebih 200 lagi cedera.
Jambatan yang sepatutnya dibuka pada tahun 2016 ditangguhkan ekoran masalah bajet dan kebimbangan keselamatan.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri China, Han Zheng akui jambatan ini selamat dan bakal memudahkan rangka kerja “1 negara, 2 sistem”, yang memberi Hong Kong dan Macau darjah autonomi.
“Ia membuka kesemua 3 lokasi (tanah besar, Hong Kong dan Macau) untuk pertukaran yang lebih besar dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Ia juga meningkatkan daya saing Delta Pearl River,” kata kepada South China Morning Post.
Setiausaha parti Guangdong, Li Xi juga mengakui projek tersebut akan memberi manfaat secara langsung kepada Kawasan Bay Greater sekali gus menjadi strategi kebangsaan yang penting.
Mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman jambatan boleh berbuat demikian dengan menggunakan bas ulang-alik untuk harga tiket RM33 (AS$8) hingga RM41 ($AS10).
Struktur ini juga memudahkan operasi logistik kenderaan pengangkutan di mana ia mengurangkan masa perjalanan selain kesesakan lalu lintas.
“Apabila saya berlepas dari Hong Kong untuk Zhuhai, Zhongshan atau Jiangmen, saya selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Humen Bridge selama 4 atau 5 jam. Jadi kadangkala kita tidak dapat menyelesaikan satu pesanan dalam satu hari. ”
“Biasanya jarak antara Hong Kong dan Zhuhai adalah 460 kilometer. Tetapi apabila jambatan itu dibuka kepada lalu lintas, jarak akan dipotong hingga 180 kilometer,” kata seorang pemandu trak kepada China News.