34 pelajar UTM dikhuatiri sesat di hutan Tanjung Malim

34 pelajar UTM dikhuatiri sesat di hutan Tanjung Malim

34 pelajar dipercayai sesat dan terperangkap dalam hutan di belakang resort River View.

Seramai 11 orang membabitkan 7 anggota bomba, 2 polis dan 2 orang awam berada lokasi kejadian bagi mengesan mereka yang hilang. (Gambar Bernama.)
TANJUNG MALIM:
Seramai 34 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melakukan aktiviti merentas hutan di belakang resort River View dikhuatiri sesat.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim Zaini Salleh berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kumpulan pelajar terbabit pada 6.25 petang tadi.

“Menurut maklumat awal 34 pelajar UTM itu dipercayai sesat dan terperangkap dalam hutan itu. Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

“Kami sedang mendapatkan maklumat dalam pelbagai cara kerana talian komunikasi amat terbatas di kawasan operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau seramai 11 orang membabitkan 7 anggota bomba, 2 polis dan 2 orang awam berada lokasi kejadian bagi mengesan mereka yang hilang itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.