Menteri wanita ini ‘dibayar’ 10 perahu untuk menyertai acara fesyen

Menteri wanita ini ‘dibayar’ 10 perahu untuk menyertai acara fesyen

Kemunculan ahli politik berpengaruh berusia 53 tahun menjadi salah satu tarikan utama acara akhir JFW.

Menteri Laut dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti, berfesyen bukanlah sesuatu yang baharu kerana beliau seringkali menjadi perhatian media dan orang ramai kerana keberanian berpakaian mengancam dan mengikuti trend berpakaian semasa.

Baru-baru ini pada majlis Jakarta Fashion Week (JFW) 2019 di Senayan City, Jakarta, Susi dipilih menjadi model yang membawa busana rekaan Anne Avantie bagi pertunjukkan fesyen bertema “Badai Pasti Berlalu”.

Pertunjukkan yang diiringi lagu “Indonesia Jaya” oleh Lea Simanjuntak, Susi ternyata membuat semua pengunjung JFW 2019 tergamam seketika dan riuh selepas itu sebagai tanda menyambut keberanian beliau.

Susi dibanjiri sorakan dan tepukan selepas berjalan bersahaja di atas pentas dengan mengenakan pakaian rekaan khas di samping berkaca mata hitam dan kasut but potongan tinggi.

Menurut portal tempatan, kemunculan ahli politik berpengaruh berusia 53 tahun menjadi salah satu tarikan utama acara akhir JFW.

Malah beliau juga dipuji atas keberanian dan kemesraan yang disampaikan sesama para penonton serta media dan juga pereka tersebut sepanjang penyertaanya.

Namun kehadiran Susi sebenarnya ‘berbayar’ dan sebelum anda salah faham, bayaran yang diterima wanita tersebut berupa ’10 buah perahu nelayan’.

Ya, beliau mahu menyumbangkan perahu itu kepada nelayan yang terkesan akibat bencana, termasuk bencana gempa dan tsunami di Palu dan Donggala mahupun gempa di Lombok.

Maka, konsep peragaan bertema “Badai Pasti Berlalu” Anne Avantie semestinya sinonim dengan niat mulia dan rasa empati pereka tersebut.

Susi tampil dalam beberapa busana termasuk baju kebaya terus menjadi perhatian sepanjang JFW itu.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama Susi menjadi model dan berjalan catwalk di atas pentas peragaan kerana beliau pernah tampil di Indonesia Fashion Week (IFW) pada Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.