FGV lantik pengerusi sebagai CEO sementara

FGV lantik pengerusi sebagai CEO sementara

Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai CEO sementara sehingga sehingga ketua pegawai eksekutif baharu dilantik.

Datuk Azhar Abdul Hamid. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
FGV Holdings Bhd hari ini, mengumumkan pelantikan Pengerusi Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) sementara sehingga CEO yang baharu dilantik.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, pelantikan pada asas sementara itu dipersetujui Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Jawatankuasa lembaga pengarah khas 2 yang mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai presiden dan CEO kumpulan sejak 18 September dengan ini dibubarkan, kata FGV.

Menurut FGV, tugas semasa Azhar sebagai pengerusi lembaga pengarah FGV tidak berubah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.