
Musim hujan pasti tidak akan memberi anda keselesaan, terutama sekali jika anda sedang berdepan dengan hari yang sibuk dan terpaksa banyak berjalan ke sana ke mari.
Dari satu lokasi ke satu lokasi lain, anda terpaksa memastikan diri anda tidak basah mahupun tidak jatuh sakit dek terkena air hujan.
Ramai yang mengambil pelbagai langkah siap-sedia bagi menghadapi musim hujan manakala ramai yang lupa sehingga hanya sedar keperluan payung pada saat ditimpa hujan lebat.
Tanpa payung, perjalanan atau langkah anda pasti tergendala dan mungkin melewatkan temujanji, lebih buruk terpaksa dibatal terus.
Betapa pentingnya payung pada hari hujan, tetapi ia bukan hanya payung.
Menurut laporan CNN, terdapat beberapa barangan lain yang anda perlu simpan pada musim hujan ini, antaranya:
Baju hujan

Jaket atau kot

Selipar atau kasut anti licin

Anda juga pastinya tidak mahu kasut sneakers atau tumit tinggi menjadi basah atau rosak kerana hujan. Kadang-kala ia juga meninggalkan bau yang busuk. Jadi pilih kasut yang sesuai, mudah kering dan paling penting anti licin. Kasut yang agak tebal juga mengelak anda daripada basah kerana terpijak kelopak air.
Baju ganti

Lagipun kita berdepan masalah banir kilat yang tidak dijangka, maka eloklah ada pakaian ganti.
Tuala kecil, sapu tangan atau tisu

Beg plastik
Walaupun berbunyi pelik, percayalah, beg plastik ini amat penting pada waktu kecemasan. Ini kerana anda boleh menyimpan pelbagai barangan dengan selamat, kalis air menggunakan beg plastik. Anda juga boleh menggunakan beg plastik untuk membungkus payung daripada membiarkan air hujan meleleh.
