55 maut dalam keganasan kaum di Nigeria

55 maut dalam keganasan kaum di Nigeria

Ia berpunca daripada pergaduhan antara belia Islam dan Kristian di kota Kasuwan Magani.

Polis berkata, 22 orang ditahan dan perintah berkurung diisytiharkan di kota Kasuwan Magani, Kaduna, utara Nigeria.

KASUWAN MAGANI (Kaduna, Nigeria): Keganasan perkauman yang berlaku di sebuah pasar di Kaduna, utara Nigeria menyebabkan 55 orang terbunuh, kata Presiden Muhammadu Buhari.

Pertelingkahan membabitkan belia Islam dan Kristian itu berlaku di kota Kasuwan Magani.

Pesuruhjaya polis negeri berkata, susulan itu 22 orang ditahan dan perintah berkurung diisytiharkan di bandar itu.

Nigeria sering menyaksikan keganasan perkauman berlaku dan jurucakap rasmi presiden, Garba Shehu menerusi Twitternya, ia perkembangan membimbangkan.

Justeru, beliau menyeru pemimpin masyarakat menggalakkan toleransi dan menghentikan sebarang pertengkaran sebelum menjadi keganasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.