
Beliau berkata cadangan dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat pertama beliau dengan pemimpin dari 50 NGO Hindu dari seluruh negara yang berlangsung di bangunan Perdana Putra hari ini.
“Mesyuarat hari ini dipanggil oleh saya untuk berjumpa dengan badan-badan bukan kerajaan Hindu untuk berbincang dan mendapatkan input mereka mengenai cara menangani isu gangsterisme dalam kalangan masyarakat India,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan berakhir.
Watha berkata pada masa ini kempen mencegah jenayah menerusi kerohanian masih di tahap awal perbincangan dan ia dijangka dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.