
RIYADH: Arab Saudi berkata 18 orang ditahan berhubung kematian wartawan Jamal Khashoggi, lapor Xinhua yang memetik agensi berita kerajaan.
Siasatan awal oleh pendakwa raya mendedahkan Khashoggi terlibat dalam pergaduhan fizikal dengan individu yang ditemuinya di konsulat Arab Saudi di Istanbul, yang membawa kepada kematian beliau, kata Agensi Berita Saudi (SPA).
Pendakwa raya mengesahkan penyiasatan berhubung kes itu akan diteruskan, dengan berkata semua pihak yang terlibat akan dipertanggungjawabkan.
Arab Saudi sebelum ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan telah membunuh atau menahan Khashoggi.