Amitabh Bachchan mahu bayar hutang 850 petani

Amitabh Bachchan mahu bayar hutang 850 petani

Bintang Bollywood itu sebelum ini membantu lebih 350 petani di Maharashtra membayar balik hutang mereka.

Bachchan merupakan hos rancangan TV terkenal ‘Kyun Banega Korpathi’.
MUMBAI:
Pelakon terkenal Bollywood Amitabh Bachchan mengumumkan beliau akan membantu membayar hutang lebih 850 petani dari utara negeri Uttar Pradesh, lapor agensi berita Xinhua.

Bintang Bollywood itu sebelum ini membantu lebih 350 petani di Maharashtra membayar balik hutang mereka.

Bachchan menulis di blog beliau: “Kini satu senarai lebih 850 petani dari Uttar Pradesh telah dikenal pasti dan hutang mereka berjumlah 5.5 crore (AS$748,000) akan diselesaikan…bantuan daripada bank terbabit membantu pelaksanaan dan pertolongannya.”

Bachchan merupakan hos rancangan TV terkenal bertajuk “Kyun Banega Korpathi” (Siapa akan akan jadi jutawan).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.