
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Datasonic berkata ia diberikan kontrak selama 5 tahun itu berdasarkan kepada perkadaran nilai keselamatan cip yang dipertingkat, selain harga 15% lebih rendah berbanding pembekal terdahulu yang membawakan jumlah penjimatan sebanyak RM56.25 juta kepada kerajaan dalam tempoh tersebut.
“Kami ingin menjelaskan syarikat atau mana-mana pengarahnya tidak memberikan sebarang bayaran kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (bekas timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri) berhubung pembekalan sebanyak 12.5 juta cip untuk pasport malaysia,” kata syarikat itu.
Pada rehat tengah hari, harga saham Datasonic yang merupakan 3 kaunter paling aktif, susut 25.5 sen kepada 44 sen dengan 58.59 juta saham diniagakan.
Dagangan saham Datasonic digantung bagi tempoh berbaki hari ini berikutan harga dagangan terakhirnya jatuh melebihi 15 sen atau 15% daripada harga rujukan.