
“Dokumen ini akan dibentangkan oleh perdana menteri sendiri pada jam 4 petang di Parlimen,” kata Menteri Hal-ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Memandangkan perdana menteri baru diberi mandat, beliau perlu meyakinkan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk pulihkan ekonomi negara menjadi sebuah negara gagah dan berwibawa serta menarik pelabur dalam dan luar negara,” katanya ketika taklimat tertutup Kajian Separuh Penggal RMK11 kepada ketua pengarang agensi media di bangunan Parlimen hari ini.
“Ini platform terbaik untuk perdana menteri meletakkan wawasan beliau pada landasan lebih jelas, perbahasan akan dilakukan selama 2 minggu, kemudian kementerian saya akan gulung perbahasan tersebut.”
Kajian pelan pembangunan itu akan mengandungi pelaksanaan dasar baru serta dasar sedia ada yang ditambah baik berpandukan keperluan ekonomi semasa.
Tumpuan utama dijangka menjurus kepada pembangunan infrastruktur untuk kemudahan rakyat.
RMK11 merupakan rancangan pembangunan 5 tahun (2016-2020) terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.