
Menteri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penguatkuasa pasti akan bertindak atas maklumat yang disalurkan orang ramai.
“Siapa yang membekalkan maklumat sama ada awam atau agensi kerajaan yang lain penguatkuasa akan sampai ke situ,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Sulawesi hari ini.
Saifuddin ditanya mengenai pemantauan rokok seludup selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan harga rokok terkini sedang diselaraskan susulan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan syarikat perniagaan tembakau baru-baru ini dan mereka bersedia berkongsi maklumat mengenai lokasi penyeludupan rokok.
“Mereka menyatakan kesediaan untuk berkongsi maklumat tentang lokasi yang mereka kenalpasti sebagai ‘port’ penyeludupan di pintu masuk pelabuhan, pintu masuk negara dan kawasan perairan pantai yang panjang,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya adakah alatan rokok elektronik juga akan dinaikkan harga, Saifuddin berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat tambahan.
“Saya tengah membaca laporan yang diberikan kerana aspek perlesenan dan aspek kawalan yang lain,” katanya.