
Sindrom pra haid atau PMS ke menopaus, satu fasa yang mempengaruhi emosi, berat badan, keinginan makan – bahkan keinginan seks seseorang wanita.
Kebanyakan wanita mungkin tidak berdepan sebarang masalah tetapi bagi yang lain, ia memberi kesan perubahan hormon yang agak mendalam. Pelbagai sebab dalam kitaran yang menjejaskan wanita, dengan andaian mereka tidak mengambil hormon kawalan kelahiran, yang mengubah turun naik hormon.
Bilakah seseorang wanita akan berasa paling empati?
Kajian menunjukkan progesteron boleh menghalang keupayaan seorang wanita untuk membaca emosi orang lain melalui ekspresi muka mereka. Oleh itu, sekitar 5 atau 6 hari kitaran haid, apabila progesteron berada pada tahap yang rendah, seorang wanita didapati secara semula jadi berhubung lebih baik dengan orang lain.
Bilakah wanita akan merasa paling seksi?
Apabila badan bersiap sedia untuk melepaskan telur – umumnya antara hari kelima dan ke-13 kitaran haid – kenaikan estrogen yang memberi rasa senang hati. Wanita mungkin akan berasa sangat yakin, feminin, dan seksi pada tempoh ini sebelum waktu paling subur.
Bilakah wanita akan berasa paling Zen?

PMS – kengerian hormon
Bagi kebanyakan wanita, tanda pasti zaman reproduktif bukanlah kehamilan tetapi PMS – khususnya simptom yang berkaitan dengan mood.
Sindrom Prahaid (PMS) adalah sekumpulan simptom yang dikaitkan dengan kitaran haid. Simptom PMS berlaku satu hingga 2 minggu sebelum tempoh haid atau pendarahan bulanan bermula. PMS boleh menyebabkan perubahan mood liar yang tidak dapat dikawal pada sesetengah wanita, yang mungkin berkembang daripada tempoh menangis hingga kepada letusan kemarahan dan serangan rasa cemas, kemudian kembali kepada keadaan emosi yang stabil – semuanya dalam satu hari. Simptom emosi PMS yang paling biasa adalah:

Kemarahan
Kemurungan
Menangis
Terlalu sensitif
Rasa resah dan cemas
Berselang-seli kesedihan dan kemarahan
Bagi ramai wanita, perubahan gaya hidup boleh menjadi sebahagian daripada rawatan PMS yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami PMS yang teruk, mereka mungkin memerlukan ubat.
Artikel ini diterbitkan oleh Hello Health Group dan pihaknya tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.