Remaja sesat dalam gua Thailand ke rancangan Ellen DeGeneres

Remaja sesat dalam gua Thailand ke rancangan Ellen DeGeneres

Keterujaan sama dikongsi oleh Ellen dalam satu muatnaik di Twitter pada Jumaat mengenai pertemuannya dengan pasukan muda pasa Isnin.

Gambar Twitter Ellen Degeneres.

Masih ingat kepada 13 remaja dan kanak-kanak lelaki serta jurulatih bola sepak yang berjaya diselamatkan lebih 2 minggu sesat dalam gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand?

Baru-baru ini kesemua mereka berpeluang menghadiri rancangan televisyen popular, Ellen DeGeneres Show serta meluangkan masa bersama bintang bola sepak Sweden Zlatan Ibrahimovic, yang juga bekas pemain Manchester United, kini bersama LA Galaxy dalam rancangan yang sama.

Pasukan yang dinamakan sebagai ‘Wild Boars’ yang diterbangkan khas ke Los Angeles sememangnya dinanti-nanti untuk mengadakan pelbagai kemunculan di arena antarabangsa selepas kejayaan survival dan meredah gua banjir yang dikatakan penuh cabaran.

Menurut laporan Asia News Network, keterujaan sama dikongsi oleh Ellen dalam satu muatnaik di Twitter pada Jumaat mengenai pertemuannya dengan pasukan muda pasa Isnin.

“Tiada kisah yang lebih menarik pada musim panas ini selain kisah pasukan bola sepak Thailand terperangkap di dalam sebuah gua,” tulisnya sambil berkongsi gambarnya bersama kesemua 13 remaja dan kanak-kanak dari pasukan tersebut, di studio di California.

Penampilan mereka dalam rancangan ini merupakan pendedahan antarabangsa paling terbesar sejak kejadian pada awal Julai lalu.

Menurut laporan itu lagi, pihak berkuasa Thailand amat berhati-hati dalam memantau akses media terhadap mereka namun, pasukan itu terus menerima publisiti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.