
Ketua Polis Daerah Brickfields, Ruslan Khalid berkata, satu laporan polis dibuat penyelia syarikat menjalankan kerja pendawaian elektrik dan pembaikan siling di hotel itu.
“Setakat ini, siasatan polis tidak mengesyaki wujud unsur jenayah. Beberapa perabot dan peralatan di lobi hotel mengalami kerosakan dan tiada orang awam di lokasi kejadian ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, semasa kejadian kira-kira 3.40 pagi Ahad, mangsa sedang bekerja seorang diri membaik pulih pendawaian elektrik untuk sistem penggera kebakaran di bahagian siling lobi hotel, apabila siling itu runtuh.
Katanya, mangsa berusia 25 tahun yang mengalami kecederaan ringan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).