Peserta wanita Bachelor Vietnam kembali bersama, tolak calon lelaki

Peserta wanita Bachelor Vietnam kembali bersama, tolak calon lelaki

Kedua-dua peserta wanita iaitu Minh Thu dan Truc Nhu kembali bersama, sekali gus meninggalkan rancangan yang sepatutnya menemukan mereka dengan pasangan lelaki.

Masih ingatkah anda kepada rancangan realiti The Bachelor Vietnam di mana seorang peserta wanita memilih peserta wanita lain sebagai peneman hidup?

Bagaimanapun salah seorang wanita kembali ke set rancangan selepas dipujuk calon lelaki yang akui enggan menerima wanita lain dalam hidupnya selain peserta itu.

Kini tular berita kedua-dua peserta wanita itu, Minh Thu dan Truc Nhu kembali bersama, meninggalkan rancangan yang sepatutnya menemukan mereka dengan pasangan lelaki.

Menurut laporan Nextshark, walaupun pada mulanya, pengakuan Minh Thu kepada Truc Nhu datang secara mengejut bagi semua krew rancangan dan penonton, mereka berjaya mengembalikannya kepada format asal selepas calon lelaki, Nguyen Quoc Trung berjaya memujuk Truc Nhu.

Namun, apa yang berlaku selepas itu sebaliknya.

Minh Thu dan Truc Nhu dilihat bersama di luar selepas dipercayai keluar dari rancangan tersebut.

Ia adalah kali pertama dalam seluruh rancangan francais The Bachelor yang dibikin di Amerika, Eropah dan Asia, di mana Bachelor Vietnam tampil dengan kejutan yang tidak terduga.

Penerbit Eksekutifnya, Anh Tran berkata, rancangan itu bagaimanapun menjayakan objektifnya iaitu untuk menyatukan 2 hati walaupun ia berlaku di antara 2 wanita.

Malah, dia juga berkata mungkin latar belakang kedua-dua peserta yang merupakan Amerika-Vietnam menyebabkan mereka lebih berani dan secara terbuka mengakui pilihan mereka.

“Ia sesuatu yang baru dan mengejutkan dalam kalangan warga Vietnam yang masih berpegang kepada tradisi,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.