
Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) menggesa campurtangan kerajaan kerana pekerja mahukan kesatuan untuk memulakan perbincangan dengan pihak pengurusan.
“Keselamatan pekerja harus diambil kira. Siapa yang akan bertanggungjawab jika sesuatu berlaku kepada mereka?” kata Presiden Ismail Nasaruddin kepada FMT
“Terdapat juga unsur-unsur untuk menyekat proses untuk berkesatuan. Perkara ini harus dihentikan segera dan pengurusan harus menghormati kehendak pekerja yang dilindungi Perlembagaan dan undang-undang.”
Kakitangan Malaysia Airlines sebelum ini diwakili oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu), yang terbubar dalam penstrukturan sebelum ini.
Ismail menggesa Kulasegaran bertindak segera kerana menteri pernah memberi jaminan akan membantu kebajikan golongan pekerja.
“Dahulu tular video kononnya pejabat beliau sentiasa terbuka untuk berunding dan berbincang soal pekerja. Tetapi bila kita pergi, beliau tiada. Di mana kamu?” katanya.
Seorang jurucakap MAB yang tidak mahu dinamakan berkata syarikat tidak membenarkan kakitangan menyertai kesatuan yang tidak diiktiraf.
FMT sedang menunggu respon daripada pihak kedua-dua menteri.