Gerak tubuh tak selari dengan kata-kata, tanda berbohong

Gerak tubuh tak selari dengan kata-kata, tanda berbohong

Seseorang itu mengunakan banyak tenaga serta kemampuan mental untuk berbohong dan ia dapat dilihat dari gerak tubuhnya.

Tiada siapa yang suka dipermainkan atau dibohongi, terutama sekali dari orang yang tersayang. Dalam sesuatu hubungan, kejujuran adalah penting.

Tetapi dalam kebanyakan perhubungan masih banyak perkara yang saling disembuyikan sehingga hubungan itu tidak lagi ikhlas. Mereka menggunakan pelbagai alasan untuk berbohong dan melepaskan diri darinya. Di bawah ada beberapa petanda yang anda boleh gunakan untuk mengesan jika seseorang itu berbohong kepada anda.

Walaupun agak menyakitkan untuk mengetahui rakan yang kita mempercayai itu berbohong, tetapi bukankah lebih baik mengesannya daripada anda dipergunakan dan diperbodohkan?

Pakar bahasa tubuh, Traci Brown, menggambarkan bahasa tubuh seseorang yang menunjukkan kemungkinan orang itu berbohong. Beliau akui, seseorang itu mengunakan banyak tenaga serta kemampuan mental untuk berbohong dan ia dapat dilihat dari gerak tubuhnya, petik dalam majalah Cosmopolitan.

1. Pergerakan badan
Jika anda ragu-ragu dengan teman anda, perhatikannya apabila dia bercakap. Menurut Brown, perkara penting yang mesti dipertimbangkan ialah pergerakan badan, terutama sekali tangannya, ketika mereka bercakap. “Adakah pergerakan itu dijalankan sebelum mereka bercakap atau selepas itu? Orang jujur biasanya bergerak tepat sebelum mereka bercakap,” jelasnya. Bagaimanapun, jika mereka menipu, ia akan dilakukan selepasnya, kerana pergerakan itu tidak spontan tetapi berlaku selepas. Ini juga menunjukkan otak mereka memikirkan sebab untuk berbohong dan diikuti tubuh.

2. Kata-kata dan gerak isyarat tidak selari
Kita semua tahu, secara semula jadinya kita terdedah untuk menggeleng kepala untuk mengakui atau menidakkan sesuatu. Menurut Brown, ia sememangnya semulajadi namun apabila berbohong, pemikiran dan kata-kata akan menjadi berbeza, dan dengan jelas ia berlaku secara tidak semulajadi. “Perhatikan pergerakan kepala dan kata-kata yang tidak sepadan, seperti berkata ya tetapi menggelang kepala,” jelasnya. Sekiranya terdapat perbezaan antara kedua-duanya, ia kemungkinan besar bohong. Walaupun kelihatan remeh, Brown berkata tubuh dan otak sememangnya akan berhubungan dalam sesuatu perbualan.

3. Sembunyikan telapak tangan
Brown berkata, apabila seseorang sedang berbicara secara terbuka dan jujur, mereka akan membuka telapak tangan mereka. Tetapi mereka yang cemas dan sedang berbohong pula menutup tangan mereka sebagi tanda melindungi diri sendiri. Bagaimanapun, jangan pula ingat mereka yang bercakap dengan tangan terbuka tidak menipu kerana ia hanya satu ciri yang umum. Mana tahu, mereka juga membaca artikel ini dan bersiap-sedia sebelum menipu.

4. Tutup mata anda atau tidak berani untuk melihat
Gerak bahasa tubuh lain yang penting untuk diteliti pada seseorang ialah mata mereka. Mata tertutup atau separa tutup, tidak melihat secara langsung ke arah anda, melihat ke arah yang lain, atau bercakap semasa wajah tidak kelihatan boleh menjadi tanda pembohongan. “Pandangan mata yang ragu-ragu juga boleh diklasifikasi sebagai pembohongan, kerana melalui mata, kita boleh dengan mudah menghakimi orang lain dan jika dia berbohong, dia tidak mahu kita melihatnya,” kata Brown.

5. Senyum lebar
Senyum adalah perkara yang harus berlaku secara semula jadi dan ikhlas. Apabila ia dibuat secara paksa atau ala-kadar, ia dengan mudah boleh dikesan. Brown menggambarkannya sebagai “Duper’s Delight” atau rasa seronok ketika berjaya menipu seseorang. Menurut Brown, senyuman besar lebar dan seolah-olah memuaskan untuk cuba kelihatan menarik dan tidak bersalah. Ada senyuman lebar, luas menandakan isi hati yang berbeza, mereka mungkin tidak suka lagi kepada anda.

6. Menyembunyikan bibir
Apabila seseorang berasa malu dengan kebenaran atau cuba untuk mengelakkannya, mereka lazimnya ‘memakan’ bibir. Menurut Brown, ini adalah tanda yang agak signifikan untuk menipu. “Orang menyembunyikan bibir kerana sedang berfikir mengenai cara menjawab soalan, perkara seterusnya yang mereka katakan tidak mempunyai nilai kebenaran 100%,” jelasnya. Jika anda bimbang pasangan anda berbohong, cuba perhatikan bahasa tubuh mereka. Bahasa tubuh akan memberitahu kebenaran dan bukan perkataan yang diucapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.