Kedah bincang isu khalwat, had umur nikah dibincang minggu depan

Kedah bincang isu khalwat, had umur nikah dibincang minggu depan

Menteri Besar Mukhriz Mahathir berkata exco akan membincangkan isu penguatkuasaan undang-undang kesalahan khalwat dan menaikkan had umur perkahwinan minggu depan.

ALOR SETAR:
Kerajaan Kedah belum membuat pendirian berhubung penguatkuasaan undang-undang kesalahan khalwat dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkannya itu seolah-olah seperti membenarkan kegiatan tersebut boleh dilakukan.

“Saya tahu itu bukan niat dan tujuan dia. Kita kena fahamkan hasrat yang ingin disampaikan sebalik kenyataan tersebut. Takkan dia yang lebih tahu mengenai isu tersebut hendak buat kenyataan seolah-oleh seperti hendak menggalakkan salahlaku itu dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Aman Laut hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.

Mujahid dilaporkan berkata apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup bukanlah urusan kerajaan.

Sementara itu, Mukhriz berkata cadangan untuk menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi perempuan akan turut dibincangkan pada mesyuarat Exco itu nanti bagi mencari penyelesaian terhadap isu perkahwinan kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.