
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka kerana ia hanya akan diumumkan secara rasmi selepas tamat proses pemilihan peringkat negeri yang akan diadakan pada Sabtu ini.
“Ada di antara mereka yang merupakan muka baharu. Kemenangan 6 calon itu juga menunjukkan mereka mendapat kepercayaan daripada ahli parti untuk mewakili suara mereka ke peringkat tertinggi.
“Pada Sabtu ini, 8 lagi calon ketua bahagian masing-masing berdepan dengan pertandingan 1 lawan 1,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fauzi menambah ketua bahagian yang menang tanpa bertanding ialah Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Kuala Krau, Rompin dan Cameron Highlands.
Beliau juga menambah pada pemilihan kali ini, seramai 15,000 ahli parti di negeri ini akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pimpinan parti.