Kasut RM70 juta jadi sasaran jutawan

Kasut RM70 juta jadi sasaran jutawan

Kasut yang dihasilkan oleh Jewelers Passion diberi nama, The Passion Diamond Shoes turut didatangkan dengan jaminan seumur hidup untuk kulit yang rosak.

Berwarna keemasan, bertatahkan berlian dan bertumit tinggi, ia sepasang kasut yang paling mahal dan menawan dipamerkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Kasut ini dijual pada harga AS$17 juta atau sekitar RM70 juta.

Harga tersebut menjadikannya sebagai kasut termahal di dunia semuanya kerana ia diperbuat daripada kulit khas berwarna keemasan yang dihiasi berlian 100 karat ditatahkan pada emas putih.

Berlian-berlian tersebut mengelilingi permukaan luar kasut selain sebutir berlian bersaiz lebih besar ditempatkan di bahagian hadapan, di tengah-tengah supaya menjadi titik perhatian.

Kasut yang dihasilkan oleh Jewelers Passion diberi nama, The Passion Diamond Shoes turut didatangkan dengan jaminan seumur hidup untuk kulit yang rosak.

Ia diberikan sejajar dengan keperluan kulit kasut tersebut bagi mengimbangi berlian yang agar bertahan lebih lama.

Kasut-kasut ini dipaparkan di dalam kotak kaca di tingkat tertinggi hotel mewah Burj Al Arab, Dubai.

Memetik Jewelers Passion dalam laporan berita Reuters, kasut tersebut dipamerkan agar disambut oleh mana-mana jutawan di Dubai yang berminat untuk memilikinya.

“Kami mendapati terdapat beberapa pembeli berpotensi di sini, Dubai adalah bandar jutawan dan bilioner,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Passion Jewellers, Hemani Karamchandani.

Tambah Karamchandani, idea kasut itu berasal dari rakan sekerja beliau, seorang anak muda Inggeris-Romania, Maria Majari.

Wanita dengan latar belakang fesyen di Dubai dan London melihat banyak pakaian mewah, tetapi tidak dengan kasut.

Jadi Majari tampil dengan idea untuk membuat kasut mewah dengan kerjasama daripada Karamchandani.

Selain kasut emas bertahtahkan berlian, turut dipamerkan ialah beberapa kasut mewah lain, seperti kasut kulit merah dengan mata berlian yang dijual AS$27 ribu atau sekitar RM1.1 juta.

Jewelers Passion juga merancang untuk mengeluarkan lebih banyak koleksi kasut mewah untuk pasaran jutawan.

“Kami merancang secara khusus dan akan memberi peluang untuk tempahan awal untuk koleksi kasut bukan hanya bertahtahkan berlian, tetapi juga rubi dan batu gem lain,” kata Karamchandani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.