
Detik yang tidak disangka berlaku dalam rancangan realiti The Bachelor Vietnam apabila seorang peserta wanita memilih peserta wanita lain sebagai peneman hidup.
Rancangan yang berformat memadankan peserta wanita dengan dengan calon lelaki yang dipilih oleh syarikat produksi rancangan itu bagaimanpun beralih angin apabila seorang peserta wanita membuat ‘pengakuan’ menaruh hati pada seorang lagi peserta wanita yang lain.
Ia dilaporkan pertama kali berlaku dalam siri francias realiti yang bermula di Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara termasuk Asia.

Dalam episod bunga ros, peserta yang tidak menerima bunga ros bererti mereka tidak boleh meneruskan rancangan dan perlu balik.
Peserta, Minh Thu yang didapati tidak menerima bunga ros bagaimanapun tidak berasa kecewa malah melakukan aksi yang tidak disangka dengan berlari ke arah peserta Truc Nhu yang sudahpun menerima bunga ros dari calon lelaki, Nguyen Quoc Trung untuk menyampaikan hasrat hatinya.

Keadaan pelik yang ditayangkan selepas disunting dalam televisyen disiar sepenuhnya dalam laman web.
Minh Thu didapati mengajak Truc Nhu untuk bersamanya, pulang ke rumahnya.
Dalam episod itu Truc Nhu bersetuju pulang dan mengembalikan bunga ros pemberian Nguyen selepas meluahkan perasaannya terhadap Minh Thu kepada lelaki itu.

Namun Truc Nhu dikatakan kembali selepas Nguyen enggan menerima wanita lain dalam hidupnya dan berjaya memujuk wanita pilihan hatinya kembali kekal dalam rancangan itu.
Meskipun penuh drama, ramai mendakwa ia hanya gimik yang dibuat-buat untuk melonjak rancangan realiti yang semakin suram penontonnya.