Michelle Yeoh sertai filem berdasarkan buku ‘Billion Dollar Whale’

Michelle Yeoh sertai filem berdasarkan buku ‘Billion Dollar Whale’

SK Global, syarikat di sebalik 'Crazy Rich Asians' yang dibintangi Yeoh mendapat hak menerbitkan filem itu.

Michelle Yeoh akan menyertai penerbitan filem ‘Billion Dollar Whale’. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh akan menyertai penerbitan sebuah filem berdasarkan buku “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World”, menurut portal berita hiburan, Hollywood Reporter.

Hak penerbitan filem itu diperolehi SK Global, syarikat yang menerbitkan “Crazy Rich Asians” dibintangi Yeoh.

Wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope menulis “Billion Dollar Whale” mengenai skandal 1MDB dan peranan ahli perniagaan Malaysia diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho yang didakwa menyeleweng berbilion dolar daripada dana milik kerajaan Malaysia itu.

“Ia adalah kewartawanan siasatan berani, kisah mengenai tindakan dan pengalaman watak bersifat eklektik yang mereka catatkan secara teliti, menjadikan buku itu seperti novel mengasyikkan serta menyeronokkan,” kata Presiden SK Global, John Penotti dipetik Hollywood Reporter.

“Kami sangat bangga dapat menyertai projek ini dan akan segera membikin filem itu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.