Lebihan dagangan Malaysia pada Ogos mengecil kepada RM6.4b

Lebihan dagangan Malaysia pada Ogos mengecil kepada RM6.4b

Kategori teknologi muncul dengan eksport meningkat sebanyak 23.6% tahun ke tahun pada Julai dan tidak mungkinan mengulangi prestasi sama pada Ogos.

Moody’s Analytics berkata harga minyak sawit semakin baik pada September dan dapat dilihat sebagai eksport lebih baik, terutama pada waktu ringgit lemah. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
Lebihan dagangan Malaysia dijangka mengecil kepada RM6.4 bilion pada Ogos berikutan RM8.3 bilion yang direkodkan pada Julai, kata Moody’s Analytics.

Menurutnya, kategori teknologi muncul kembali dengan eksport meningkat sebanyak 23.6% tahun ke tahun pada Julai dan tidak berkemungkinan mengulangi prestasi sama pada Ogos.

“Bagaimanapun, penghantaran barangan elektrikal dan elektronik masih membantu dalam menyerap kelemahan yang berterusan dalam penghantaran minyak sawit, yang bergelut dari segi asas jumlah dan nilai,” kata penyedia perkhidmatan dan perisian analisis kewangan itu dalam Asia-Pacific Economic Preview untuk Oktober 1 hingga 5, 2018.

Moody’s Analytics juga menyatakan harga minyak sawit sudah semakin baik pada September dan ia dapat dilihat sebagai eksport yang lebih baik, terutama pada waktu ringgit yang lemah.

Prestasi dagangan untuk Ogos 2018 dijangka diumumkan minggu depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.