Serupa ‘Life of Pi’, remaja Indonesia hilang 49 hari di lautan

Serupa ‘Life of Pi’, remaja Indonesia hilang 49 hari di lautan

Aldi terpaksa hidup dalam ketakutan di tengah lautan bergantung kepada dengan stok makanan seperti beras yang kehabisan selepas beberapa hari sahaja.

Sama seperti kisah dalam filem ‘Life of Pi’ di mana seorang remaja lelaki hilang di tengah-tengah laut, kejadian yang sama berlaku di Indonesia.

Aldi Novel Adilang, berusia 19 tahun yang bekerja sebagai penjaga lampu di rumah rakit di laut di perairan Wori, Manado hanyut dibawa arus apabila tali tambat rumah rakitnya terlepas akibat angin kencang.

Aldi dilaporkan hilang keseorangan di lautan selama 49 hari sebelum diselamatkan oleh kapal Panama MV Arpeggio yang sedang menuju ke Jepun.

Menurut laporan, Aldi terpaksa hidup dalam ketakutan di tengah lautan bergantung kepada dengan stok makanan seperti beras yang kehabisan selepas beberapa hari sahaja. Dia bertahan dengan menangkap ikan dan membakar menggunakan kayu rakitnya.

Dia juga minum air laut selain turut menyimpan radio yang digunakan untuk mencari bantuan. Bagaimanapun, radio itu tidak mendatangkan bantuan segera.

“Aldi sering ketakutan dan menangis,” lapor BBC.

“Tempoh 49 hari tidak dirasai Aldi. Walaupun lebih 10 kapal berlayar melewati Aldi yang terapung dalam rumah rakit tetapi tiada yang tampil membantu. Mungkin ia tidak perasan ada manusia di situ atau ada alasan lain,” tambah laporan itu.

Akhirnya, pada 31 Ogos lalu, Panama MV Arpeggio mengesan signal radio Aldi yang ketika itu berada di perairan Guam atau 125km dari pesisir utara Manado yang juga sebuah pulau di bahagian barat Samudera Pasifik milik sempadan AS.

Kapten kapal tersebut menghubungi pihak berkuasa Guam, yang kemudian mengarahkan agar Aldi diselamatkan, diperiksa keadaan kesihatannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.