Sektor Perumahan: Kerajaan akan timbang pengecualian SST

Sektor Perumahan: Kerajaan akan timbang pengecualian SST

Kerajaan mengambil langkah positif dengan memberikan pengecualian, dan kini menunggu penggiat hartanah untuk mengurangkan harga rumah.

Pemansuhan GST dan pengecualian SST menyediakan 6% penjimatan langsung kepada pembeli rumah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan mungkin menimbang semula pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bahan binaan dan perkhidmatan jika pemaju gagal mengurangkan harga rumah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan mengambil langkah positif dengan memberikan pengecualian, dan kini menunggu penggiat hartanah untuk mengurangkan harga rumah.

“Kami mahu melihat harga diturunkan. Saya tidak berminat untuk melihat pakej tambahan, ini tidak bermakna,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Tahunan Pemaju Perumahan Siri CEO Institut Rehda 2018, hari ini.

Dianjurkan oleh Institut Rehda, acara sehari itu menyaksikan peserta membincangkan idea baharu untuk merangsang dan membangunkan semula ekonomi Malaysia, dengan pemimpin pelbagai industri memberi input kepada kerajaan sebelum Bajet 2019 akan datang, selain mengkaji penyelesaian baharu dalam menangani isu hartanah tidak terjual.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Datuk Soam Heng Choon berkata persatuan itu mengakui pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan dan pengecualian SST terhadap bahan binaan dan perkhidmatan menyediakan 6% penjimatan langsung kepada pengguna.

Beliau berkata Rehda kini menjalankan kajian mengenai kemungkinan mengurangkan harga rumah, dengan laporan itu dijangka dibentangkan tidak lama lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.