
Hakim Carlos Horbach menolak rayuan Twitter berhubung permohonan itu dan memberi syarikat itu tempoh 2 hari untuk menyerahkan data berkenaan, yang diminta oleh pengurus kempen Bolsonaro. Pengguna terbabit boleh didakwa di bawah undang-undang jenayah kebencian negara itu.
Twitter tidak memberi komen berhubung perintah kehakiman itu di pasaran kedua terbesarnya dari segi jumlah pengguna.
Syarikat tersebut diperintah menyerahkan data pengguna di beberapa negara dalam beberapa tahun terakhir ini dan biasanya ia akan membantah permohonan sedemikian di mahkamah dengan berhujah pengguna berhak ke atas data mereka sendiri di bawah terma perkhidmatan lamanweb media sosial itu.
Horbach mengarahkan Twitter didenda 50,000 reais (AS$12,345) setiap hari sehingga ia mematuhi perintah tersebut. Ia juga boleh didakwa kerana engkar arahan mahkamah pilihan raya, sabitan yang boleh menyebabkan eksekutifnya di Brazil ditangkap.
Bolsonaro berada dalam keadaan stabil selepas serangan it dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital akhir bulan ini.
Beliau mendahului pusingan pertama pengundian 7 Okt dengan mudah, dan terikat atau tercicir sedikit di belakang semua calon lain dalam bancian kemungkinan pengundian pusingan berikut pada 28 Okt sekiranya tidak ada calon memenangi undi majoriti.