
Kerajaan konservatif itu menghendaki wanita mendapat izin wali – bapa, suami atau saudara lelaki – untuk melancong, nikah dan melakukan aktiviti lain.
Dalam kes yang jarang berlaku itu, seorang wanita berusia 24 tahun yang tidak dinamakan di bandar Jeddah barat cuba menyangkal bapanya sebagai “wali” selepas lelaki itu enggan membiarkan dia memiliki pasport untuk belajar di luar negara, media tempatan termasuk akhbar kerajaan, Okaz melaporkan.
Mahkamah sivil minggu ini mengarahkan bapa berkenaan menyediakan pasport untuk wanita tersebut.
Akhbar itu juga melaporkan wanita itu, seorang pelajar universiti, tinggal bersama ibunya selama 10 tahun dan tidak pernah berjumpa bapanya selama 6 tahun.
Arab Saudi sejak dahulu dikritik berhubung sistem wali.
Simbol penindasan terhadap wanita melalui sistem itu membenarkan lelaki berkuasa sewenang-wenang dalam membuat keputusan bagi pihak saudara perempuan mereka.
“Jika wanita mempunyai hak untuk mendapatkan pasportnya sendiri – sama seperti lelaki – kita tidak memerlukan mahkamah untuk mengarahkan perkara itu,” tulis Latifah Ashaalan, ahli Majlis Shura Arab Saudi di Twitter.
Kes mahkamah yang jarang berlaku itu juga mencetuskan komen di media sosial.
“Saya terkejut dengan percanggahan dalam sistem,” kata pengguna Arab Saudi.
“Akhirnya seorang ayah terpaksa menberi pasport yang bertentangan dengan kehendaknya. Kenapa tidak membenarkan wanita memiliki pasportnya sendiri tanpa menghabiskan masa dan melalui semua masalah ini?”