
Eksport, yang merupakan pemacu utama ekonomi Thailand, meningkat 6.88% berbanding tahun lalu, kepada AS$22.79 bilion, yang merupakan satu rekod baru.
Angka ini lebih tinggi berbanding ramalan median peningkatan 5.0% menurut satu bancian Reuters, berbanding pertambahan 8.27% pada Julai.
Eksport dipacu oleh peningkatan penghantaran kereta dan bahagian kereta, komputer dan aksesori dan produk getah, menurut kementerian, sementara eksport emas jatuh sebanyak 66%.
Pada Ogos, eksport melonjak sebanyak 22.8% berbanding tahun lepas selepas menokok 10.53% pada Julai. Bancian meramalkan pertambahan 11.1%.
Perkembangan itu menyebabkan defisit dagangan sebanyak AS$0.59 bilion pada Ogos, berbanding ramalan lebihan RM1.19 bilion. Defisit bulan Julai adalah sebanyak AS$0.52 bilion.
Eksport dari Januari ke Ogos meningkat 10.03% daripada setahun lepas sementara import bertambah sebanyak 15.89%.
Kementerian Perdagangan berkata, eksport akan berkembang sebanyak 9% tahun ini, berbanding pertambahan 9.9% tahun lepas.