
Pinjaman tersebut, yang tertinggi pernah diberikan oleh bank berpangkalan di Manila itu, disediakan di bawah “strategi perkongsian negara” baru yang diluluskan oleh lembaga pengarah bank berkenaan.
Di bawah strategi baru ini, ADB berkata, program dan projeknya di Filipina akan memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pelaburan infrastruktur dan jangka panjang, selain menyokong pembangunan ekonomi tempatan di wilayah tengah dan selatan negara itu.
ADB berkata, ia akan “mengimbangkan semula” bantuan kewangannya bagi menyokong program pembangunan infrstruktur kerajaan yang dinamakan “Bina, BIna, Bina” bernilai AS$180 bilion.
Filipina dalam proses mengembangkan dan menaik taraf jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan lautnya bagi mengejar pencapaian negara Asian Tenggara lain dari segi daya saing.