
Pemilik SpaceX, Elon Musk berkata demikian di ibu pejabat SpaceX di Hawthorne, California dengan menamakan penumpang tersebut sebagai Yusaku Maezawa.
Yusaku, juga seorang hartawan fesyen dalam talian yang berusia 42 tahun akui beliau akan turut menjemput 6 hingga 8 artis dari seluruh dunia dalam perjalanan ke ke angkasa dengan roket SpaceX pada 2023.
“Saya akan meminta mereka menghasilkan hasil seni sebaik kembali ke bumi. Saya harap karya tersebut akan memberi inspirasi kepada kita semua yang mempunyai impian,” katanya.
Nama Yusaku mula dikenali selepas beliau membeli sebuah lukisan Jean-Michel Basquiat pada harga AS$110.5 juta (£85.4 juta) dalam satu lelongan di New York.
Roket Big Falcon (BFR), sebuah sistem pelancaran yang diperkenalkan oleh Musk pada tahun 2016 dan misi yang dirancang untuk 2023 bagaimanapun bergantung kepada roket yang belum dibina.
Sebelum ini SpaceX mempromosi perjalanan ke bulan berbayar ke bulan pada Februari 2017 dan akui didekati individu yang serius.
Walaupun bayaran yang dikenakan tidak didedahkan, Yusaku antara individu yang teruja ke bulan.
Setakat ini seramai 24 orang sudah melawat bulan dan mereka terdiri daripada warga Amerika.