
Makanan menjadi salah satu tarikan sesebuah negara. Manakan tidak, banyak negara yang menjual produk kulinari sebagai faktor penarik sektor pelancongan.
Misalnya di Jepun, makanan negara matahari terbit juga mempunyai penggemarnya tersendiri dari seluruh dunia. Antara makanan tersebut ialah sushi yang menjadi kegemaran selain makanan rutin ramai termasuk di Malaysia.
Daripada makanan mewah dan khusus hanya terdapat di restoran-restoran Jepun, kini makanan Jepun seperti Sushi terdapat di mana-mana termasuk kafe pejabat hingga ke kafe pasar raya.
Namun, kulinari Jepun lebih meluas dan anda mungkin kena berfikir 2 kali sebelum mencuba makanan lain seperti yang akan disenaraikan di bawah ini.
Katsu Ika Odori-don
Dengar namanya pun agak pelik tetapi Katsu Ika Odori-don atau sotong menari ini merupakan makanan berasaskan sotong di atas semangkuk nasi. Apa yang istimewa mengenainya ialah sotong tersebut seolah bergerak apabila dicicah dengan kicap masih atau kicap soya.
Ia menggeliat di dalam mangkuk sehinggakan ada yang terjatuh keluar. Ramai yang percaya sotong tersebut hidup tetapi sebenarnya ia hanya reaksinya kepada natrium klorida atau garam yang terkandung di dalam kicap. Walaupun otaknya sudah tidak berfungsi, tetapi sel ototnya masih merangsang.

Selain makanan laut kulinari Jepun juga kaya dengan hidangan makanan eksotik seperti daging kuda, tetapi bukan dimasak sebaliknya dimakan mentah. Hidangan ini popular dan ditawarkan di daerah seperti di Tohoku, Kumamoto, Nagano dan Oita. Daging kuda mentah ini disajikan bersama potongan bawang Bombay, halia dan bawang putih. Ia dimakan dengan memasukkan campuran ke dalam kicap soya. Basashi bertekstur lembut, mudah dikunyah dan memiliki rasa seperti umami. Daging kuda mentah mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Inago berarti belalang dan tsukudani bermakna kicap manis yang direbus bersama bumbu yang mengandung alkohol. Inago merupakan makanan kegemaran masyarakat Jepun. Belalang ini dimasak dengan cara merebusnya bersama bumbu dan sangat popular di daerah Yamagta dan Gunma.

Hidangan ini agak menjengkelkan kerana merupakan makanan yang diperbuat daripada sperma ikan. Shirako bertekstur lembut seperti tauhu dan cair di mulut. Jenis ikan yang biasanya digunakan untuk hidangan ini ialah ikan cod dan anglerfish. Hidangan ini lazimnya disediakan dengan merebus bersama ponzu (sejenis sos sitrus), kicap manis atau digoreng seperti tempura atau dipanggang dan diletakkan bersama sushi.

Hachinoko merupakan larva lebah yang digoreng dengan kicap dan gula, termasuk dalam kategori makanan ringan dalam kalangan warga Jepun. Makanan ini tinggi kandungan protein dan lazimnya dimakan ketika waktu minum bir.

Shiruo no odorigui juga dikenali sebagai ikan menari kerana ia dimakan secara hidup. Ikan ini seolah menari dalam mulut ketika mengunyahnya secara hidup dan hanya boleh didapati sepanjang bulan Februari hingga April. Makanan ini hanya boleh didapati di Fukuoka.

Zazamushi adalah masakan yang disediakan dengan merebus larva lalat batu bersama sos soya, monosodium glutamat dan gula. Ia juga dimakan seperti snek lazimnya sewaktu minum alkohol. Zazamushi mula dimakan sebagai makanan kaya protein oleh masyarakat Nagano yang kemudiannya menjadi makanan kegemaran semua.