Peru: Vizcarra cabar Kongres pecat Kabinet kerana bertelingkah mengenai pembaharuan

Peru: Vizcarra cabar Kongres pecat Kabinet kerana bertelingkah mengenai pembaharuan

Presiden boleh membubarkan Kongres dan mengadakan pilihan raya badan perundangan baru sekiranya Kongres memecat Kabinet sebanyak 2 kali berhubung cadangan undang-undang.

Presiden Peru, Martin Vizcarra. (Gambar Reuters)
LIMA:
Presiden Peru Martin Vizcarra mencabar anggota legislatif memecat keseluruhan Kabinet beliau dalam pertelingkahan mengenai pembaharuan kehakiman dan politik yang dilaksanakannya dengan memetik peruntukan perlembagaan yang membolehkan beliau membubarkan Kongres.

Di bawah perlembagaan negara itu, presiden boleh membubarkan Kongres dan mengadakan pilihan raya badan perundangan baru sekiranya Kongres memecat Kabinet sebanyak 2 kali berhubung cadangan undang-undang.

Kongres sekarang telah pun memecat Kabinet sebelum ini di bawah kerajaan sedia ada yang dipimpin bekas presiden Pedro Pablo Kuczynski. Vizcarra merupakan naib presiden dalam Kabinet berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.