
Beliau sebaliknya menyifatkan perjuangan PAS ibarat menanam durian Musang King yang memerlukan masa untuk mendapat hasilnya.
“Bagi saya usaha pertama ini bertanding, kalah ini ibarat kita beli benih Musang King.
“Beli hari ini, kita takkan dapat makan hasilnya esok…mustahil, ia memakan masa mendapat hasil,” katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini.
PAS memenangi 90 kerusi DUN dan 18 daripada 158 kerusi Parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Hashim berkata, PAS menjangkakan sukar menang di sesetengah kawasan, khususnya Sabah dan Sarawak berdasarkan kehadiran penyokong pada hari pencalonan.
“Di Sabah, semasa penamaan calon, 50 orang sahaja iring calon. Kita tengok dari awal kita tahu akan kalah, tapi kita kena positif.
“Kita kena jaga kawasan-kawasan yang kita kalah kerana tidak mustahil akan datang, ia akan menjadi kubu kuat PAS.
“Kita yang beli benih ini mempunyai tugas dan tanggungjawab, kena tanam, siram dan kawal penyakit. Tugas kita sekarang, walaupun kita kalah, kita ada tanggungjawab di tempat itu untuk siram, baja, kawal penyakit.”