Kerja rumah kira 100 juta butir beras dalam masa 2 hari

Kerja rumah kira 100 juta butir beras dalam masa 2 hari

Segelintir lagi berkata jika sesaat diperlukan untuk mengira 3 butir beras maka lebih setahun diperlukan.

Ibu bapa pelajar gred 4 dari sebuah sekolah Foshan di wilayah Guangdong, China berang dengan kerja rumah yang diberikan oleh seorang guru matematik.

Guru itu mengarahkan pelajarnya untuk mengira 100 juta butir beras dalam masa 2 hari.

Sekiranya pelajar itu gagal berbuat demikian, mereka dibenarkan mengambil sepanjang hujung minggu untuk melengkapkan kerja rumah itu.

Guru itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su dikecam ibu bapa yang menyifatkan ia sebagai kerja rumah yang berat dan tidak masuk akal.

Sesetengah ibu bapa menggunakan internet untuk memastikan jika soalan itu merupakan sebahagian daripada ‘brainteaser’ atau pulasan otak.

Segelintir lagi berkata jika sesaat diperlukan untuk mengira 3 butir beras maka lebih setahun diperlukan.

Manakala, ada ibu bapa yang langsung tidak merungut malah anak mereka berjaya menyiapkan kerja rumah dalam tempoh masa yang diberikan.

Bagaimana?

Seorang ibu, Mo berkata kerja rumah seperti itu membantu kanak-kanak berfikir di luar kotak.

“Saya akan minta anak saya kira 100 atau 1,000 butir beras dahulu dan mengambil beratnya. Kemudian menggandakan sehingga mencapai 100 juta,” katanya.

Kerja rumah seperti ini juga membantu kanak-kanak mengembangkan sifat penyabar, tambah Mo.

Sesetengah netizen memuji guru tersebut kerana memberi kerja rumah yang berkonsep baharu dan menguji minda.

Su, berharap pelajar dapat belajar secara praktikal dengan adanya kerja rumah seperti ini.

“Saya memang tak mahu pelajar mengira setiap satu butir beras, saya hanya mahu mereka mengira secara bijak,” katanya.

Su berpuas hati selepas 10 daripada lebih 40 pelajarnya berjaya menyiapkan kerja rumah itu dengan menggunakan cawan pengukur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.